Terma dan Syarat

Terma dan Syarat Raudhah Jaya Travel & Tours

SYARAT PENDAFTARAN UMRAH

1. Pelanggan perlu menghubungi staff RJTTSB, atau melakukan tempahan melalui www.raudhahjaya.com untuk memastikan kekosongan pada tarikh yang dipilih.

2. Pelanggan perlu mendapatkan maklumat lengkap berkaitan pakej dan jadual perjalanan dari staff RJTTSB.

3. Semasa pendaftaran, pelanggan mestilah memilih jenis bilik yang dikehendaki (Quint/Quad/Triple/ Double). Pelanggan perlu memastikan pemilihan bilik dibuat awal sewaktu pendaftaran bagi memudahkan urusan kami untuk mencukupkan korum. Namun, pilihan jenis bilik oleh pelanggan bukanlah pilihan muktamad bergantung kepada baki kekosongan jenis bilik yang masih ada. Sekiranya tiada, pelanggan akan dicaj mengikut kekosongan jenis bilik yang sedia ada sahaja yang mungkin berbeza dengan pilihan pelanggan.

4. Bayaran DEPOSIT RM500 seorang semasa membuat tempahan.

5. Bayaran sebanyak 50% hendaklah dibuat dalam tempoh 60 HARI SEBELUM TARIKH PENERBANGAN.

6. Bayaran harga penuh pakej hendaklah dijelaskan dalam masa 45 HARI SEBELUM TARIKH PENERBANGAN.

7. Bukti bayaran (Slip bayaran) boleh dihantar melalui Whatsapp ke nombor 011-10233542 atau e-melkan kepada umrah@raudhahjaya.com

8. Bayaran deposit HANYA akan dikembalikan sekiranya pembatalan disebabkan oleh sakit tenat atau meninggal dunia sahaja.

9. Diskaun untuk kanak-kanak berumur 2-12 tahun bergantung kepada jenis penerbangan yang akan digunakan dan tertakluk kepada syarat-syarat syarikat penerbangan tersebut.

10. Bayaran tambahan RM 220.00 akan dikenakan bagi jemaah warga emas (Melebihi 70 tahun ) untuk INSURAN PERJALANAN ETIQA 360 (GOLD).

11. Bayi berumur di bawah 2 tahun hanya dikenakan bayaran RM2,800 (Cukai lapangan terbang, visa & caj pengurusan)

12. Harga pakej atau aturcara perjalanan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

13. Pakej tidak termasuk program lawatan, makan & minum, kos rawatan (yang tidak terdapat di dalam polisi insuran) serta khidmat porter yang tiada di dalam aturcara program.

Penukaran Pakej:

  • Sebarang penukaran tarikh hendaklah dibuat sebelum 60 hari dari tarikh penerbangan

Pembatalan Pakej:

Bagi pakej pelancongan/umrah berkumpulan permohonan pembatalan tertakluk kepada Perkara 3.2 (Perkara 3.2.1 & 3.2.2):

  • Pembatalan tempahan mesti dibuat secara bertulis untuk mengelakkan salah faham.
  • Pembatalan tempahan disebabkan oleh lain-lain faktor seperti pandemik, perang, bencana alam dan lain-lain
  • Jika syarikat menerima notis untuk membatalkan tempahan itu 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM 30.00 atau 2% daripada deposit pelancongan seorang akan dikenakan (mengikut yang mana-mana yang lebih tinggi.
  • Jika pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai:

PEMBATALAN DITERIMA

CAJ PEMBATALAN BAGI SETIAP ORANG

22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas

Perlucutan desposit pelancongan

15- 21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas

35% daripada tambang pelancongan

8-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas

50% daripada tambang pelancongan

3-7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas

75% daripada tambang pelancongan

2 hari bekerja sebelum tarikh berlepas

100% daripada tambang pelancongan


14. Pembayaran: 

  • Segala pembayaran hendaklah dibuat terus ke akaun bank Raudhah Jaya:

Jenis Bank : MAYBANK BERHAD 

No Akaun : 563028658114

Nama Akaun : RAUDHAH JAYA TRAVEL & TOURS SDN BHD

  • Lampirkan slip pembayaran kepada syarikat atau ejen. Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan mana-mana transaksi yang tidak dibuat terus kepada syarikat.
  • Jemaah digalakkan untuk membuat pembayaran terus ke akaun Raudhah Jaya (instant transfer)

15. Harga:

  •  Segala perubahan pada tarikh penerbangan yang tidak mengikut kumpulan akan dikenakan caj tambahan. Tarikh perjalanan yang diubah oleh penumpang adalah di atas risiko dan tanggungan sendiri. Syarikat atau ejen yang terlibat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesulitan dan bayaran lebihan yang dikenakan.
  • Semua harga adalah tertakluk kepada perubahan seperti:

i. Kenaikan harga tambang

ii. Tambang pengangkutan, kadar hotel, kadar tukaran matawang, cukai kerajaan danlain-lain

  • Harga pakej EX - KLIA
  • Tiada sebarang pemulangan wang akan diberikan bagi penerbangan, penginapan, makanan, perjalanan sia-siar atau lain-lain servis yang dinyatakan digunakan oleh penumpang atas sebab tersendiri.


Senarai dokumen yang diperlukan:

1. Passport Malaysia/Antarabangsa (Tempoh sah laku tidak kurang 6 BULAN dari tarikh pulang)

2. Buku / Sijil Suntikan ACYW135 (SETIAP seorang)

3. 2 keping gambar berwarna (SETIAP seorang)

  • Saiz gambar berukuran 6cm x 4cm (ukuran visa)
  • Berlatar belakang putih
  • Lelaki: Tidak memakai songkok/kopiah/apa-apa diatas kepala
  • Wanita: Bertudung GELAP/HITAM

4. Salinan Passport yang terang dan jelas. (SETIAP seorang)

5. Saudi Visa Bio (Visa Umrah)

  • Mengimbas muka depan pasport, wajah dan 10 jari. Bagi yang ada masalah, dokumen tambahan perlu dimuatnaik dalam aplikasi Saudi Visa Bio. Dokumen perlu dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab Sahaja

6. Bagi yang telah memperolehi kelulusan visa umrah (MOFA) yang TIDAK BOLEH DICETAK disebabkan tidak berjaya membuat Bio Matrik jemaah perlu membuat tambahan bayaran untuk permohonan visa pelancong sebagai visa baru. (Jika perlu)

7. Wang cagaran RM10,000 dikenakan bagi bukan warganegara. Negara tertentu sahaja. (Jika perlu)

8. Bagi yang bukan warganegara Malaysia, sila rujuk ke pejabat Raudhah Jaya Travel & Tours Sdn Bhd bagi memastikan dokumen yang diperlukan.

**Kesemua dokumen perlu diserahkan ke pejabat Raudhah Jaya selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh penerbangan.


SAUDI VISA BIO

Bermula Isnin 28/11/2022, Kedutaan Arab Saudi MEWAJIBKAN semua jemaah visa umrah warganegara Malaysia perlu membuat scan bio jari sebelum visa boleh diproses.

VISA UMRAH - PERLU MEMBUAT PERMOHONAN BIOMETRIK

Ini bermaksud:-

1. Sebelum jemaah menghantar passport, proses biometrik jari perlu dibuat sendiri oleh jemaah atau dibantu oleh pegawai di Cawangan. (Sila simpan salinan passport untuk rujukan)

2. Proses scan biometrik wajah & jari perlu dibuat menggunakan smartfon yang ada resolusi gambar yang berkualiti tinggi.

3. Proses ini di buat melalui apps Saudi Visa Bio. Jemaah perlu muat turun apps Saudi Bio Visa di Google Play Store untuk pengguna android dan pengguna IPhone melalui Appstore.

4. Boleh lihat video panduan Saudi Visa Bio di https://youtu.be/3B6C5YzaWGA.

5. Hanya untuk Visa Umrah sahaja. Proses Visa Pelancong (Tourist) masih seperti biasa setakat hari ini.

6. Hanya bayi di bawah 2 tahun sahaja tidak perlu membuat bio visa.


Langkah-langkah untuk membuat biometrik jari ini ialah seperti berikut:

Langkah pertama : Proses ini dibuat melalui apps Saudi Visa Bio. Pastikan anda download dahulu aplikasi ini di smartphone anda.

Langkah kedua : Imbas passport anda menggunakan kamera belakang. Untuk memastikan imbasan terbaik, elakkan silau atau bayang-bayang pada passport. Mohon semak maklumat seperti nombor passport, nama jemaah, tarikh lahir dan tarikh luput passport dan lain-lain.

Langkah ketiga : Imbas wajah anda menggunakan kamera hadapan untuk pengesahan identiti. Langkah keempat: Imbas cap jari anda menggunakan camera belakang. Kaedah terbaik untuk mendapatkan scan yang baik ialah:

i. Pastikan latar belakang gelap, berbeza dengan warna kulit anda.

ii. Kekalkan jari anda sepanjang proses tangkapan.

Langkah kelima : Selepas selesai membuat saudi visa bio apps, dalam masa sehari jemaah akan dapat email Enrollment Confirmation dan Enrollment ID perlu diberi kepada pegawai pemasaran atau File Manager. Jika para Jemaah mempunyai masalah dalam proses ini, boleh datang ke ibu pejabat atau mana-mana cawangan yang berhampiran anda. Untuk makluman semua, scan ini boleh/akan mengambil masa yang agak lama di bahagian scan jari bergantung kepada keadaan. Oleh itu, tuan/puan perlu bersabar dalm melalui proses ini.


JIKA CAP JARI TIDAK DAPAT DIBACA KETIKA MELAKUKAN BIOMETRIK

Terdapat sesetengah jemaah mengalami cap jari yang tidak dapat dibaca disebabkan alur jari atau memang terdapat masalah cap jari. Jadi, terdapat 2 kaedah untuk melakukan Biometrik bagi jemaah yang mengalami masalah cap jari rosak :

Kaedah 1 :

Jemaah perlu dapatkan surat daripada doktor dalam Bahasa Inggeris yang mengatakan jemaah tersebut mengalami masalah cap jari rosak. Kemudian, jemaah bawa surat tersebut ke Notry Public dan Wisma Putra untuk dapatkan cop. Bayaran akan dikenakan sebanyak :

1. Notry Public - RM 50

2. Wisma Putra - RM 20

Untuk makluman juga, Raudhah Jaya Travel & Tours juga boleh bantu jemaah untuk dapatkan cop daripada Notry Public dan Wisma Putra (surat tersebut perlu diserahkan ke kaunter Raudhah Jaya Travel& Tours HQ atau cawangan yang berdekatan 45 hari sebelum penerbangan) dan jemaah perlu buat bayaran sebanyak RM 70 ke akaun Raudhah Jaya Travel & Tours. Bayaran perlu dibuat secara berasingan dan tidak dibenarkan sama sekali untuk sekalikan bayaran pakej dan juga bayaran untuk dapatkan cop.

Kaedah 2 :

Jemaah perlu dapatkan surat pengesahan daripada JPN yang mengatakan jemaah mengalami masalah capjari. Kemudian, jemaah perlu ke Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) untuk terjemahkan surat tersebut dalam Bahasa Inggeris. Selepas surat telah diterjemah dalam Bahasa Inggeris oleh ITBM, jemaah boleh pergi ke Wisma Putra untuk dapatkan cop pada surat tersebut.

Untuk makluman para jemaah, Raudhah Jaya Travel & Tours juga boleh membantu jemaah untuk terjemahkan surat tersebut di ITBM dan mendapatkan cop daripada Wisma Putra (surat tersebut perlu diserahkan ke kaunter Raudhah Jaya Travel & Tours HQ atau cawangan yang berdekatan 45 hari sebelum penerbangan) dan akan dikenakan bayaran sebanyak RM 150. Bayaran perlu dibuat secara berasingan dan tidak dibenarkan sama sekali untuk disekalikan bayaran pakej dan juga bayaran untuk terjemahan dan mendapatkan cop daripada Wisma Putra.

Selepas surat telah lengkap dan telah dicop oleh Wisma Putra, tuan/puan dikehendaki menjalankan proses biovisa sekali lagi dan setelah gagal membuat pengesahan jari, sila uploadkan surat ke dalam sistem biovisa. Kebiasaannya permohonan akan diluluskan. Seterusnya surat asal hendaklah dihantar ke HQ Raudhah Jaya Travel & Tours untuk rujukan jika diperlukan.

INFO PENTING

Untuk makluman, setakat ini negara yang wajib menggunakan Saudi Biometrik adalah seperti di bawah:

1. Malaysia

2. United Kingdom

3. Tunisia

4. Bangladesh

5. Kuwait

**Selain nama negara di atas tidak perlu membuat biometrik


PERSAMAAN/PERBEZAAN DI ANTARA VISA UMRAH DENGAN VISA PELANCONG

VISA UMRAH

  • Warganegara Malaysia sahaja tidak perlu lagi sahkan dokumen di Wisma Putra.
  • Tiada had umur.
  • Tanpa perlu mahram, bagi yang berumur 18 tahun ke bawah perlu ditemani seorang penjaga.
  • Bagi tujuan umrah sahaja.
  • Tempoh waktu berada di Arab Saudi selama 90 hari.
  • Visa sah selama 90 hari sahaja (Single entry).

VISA PELANCONG

  • Warganegara Malaysia sahaja tidak perlu lagi sahkan dokumen di Wisma Putra.
  • Tiada had umur.
  • Tanpa perlu mahram, bagi yang berumur 18 tahun ke bawah perlu ditemani seorang penjaga.
  • Bagi tujuan umrah dan melancong.
  • Tempoh waktu berada di Arab Saudi selama 90 hari.
  • Visa sah selama setahun sahaja (Multiple entry).

Raudhah Jaya Footer Monthly Visit Counter